Khamis, 10 Julai 2014

Pulau Pangkor pulau bersejarah


SELAMAT DATANG KE KOTA BELANDA
 Sejarah Pulau Pangkor
KOTA BELANDA adalah gelaran yang diberi oleh orang-orang Melayu kepada runtuhan Pulau Pangkor. Bagaimanapun, rekod-rekod merujuk kepada binaan tersebut sebagai Kota Dindingh, sempena nama Sungai Dinding di pantai barat Semenanjung dalam Negeri Perak.
Perak merupakan sebuah negeri pengeluar timah yang paling utama di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda berhasrat mengawal dan mengekalkan monopoli perdagangan komoditi tersebut. Kapal-kapal perang dan kapal-kapal dagang Belanda bertaburan di perairan Perak pada hampir sepanjang kurun ketujuh belas dan kelapan belas.
Ada sebab-sebab strategik mengapa Belanda menempatkan kapal-kapal mereka di sini. Perak merupakan pintu masuk utama ke Aceh manakala negeri Sumatera tersebut adalah musuh Belanda. Dengan alasan ini sebuah tapak pengawasan diasaskan di Teluk Gedung pada tahun 1670 untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kapal-kapal yang membuat sekatan-sekatan di laluan perairan Selat Melaka. Satu lagi sebab ialah untuk melemahkan saingan orang-orang British yang juga aktif berdagang di kawasan ini.
Mengikut laporan Gabenor Belanda Balthasar Bort dalam tahun 1678: “pada ketika ini 59 orang berada di Perak, terbabit dengan usaha sekatan di tempat itu dan mereka ini ditempatkan di Pulau Dinding, yang mana Syarikat Yang Dihormati memilikinya, menetap dalam sebuah kubu yang diperbuat daripada kayu berbentuk segiempat, dilengkapi 9 buah meriam.”
Di antara 59 orang itu ialah seorang saudagar yang menjadi penyelia, seorang kapten, seorang jurukira, tiga pembantu, tiga pegawai, dua doktor, lapan pengawal dan 40 kelasi. Selain kubu tersebut mereka juga memiliki kapal layar dan perahu ‘Laren’, ‘Cacap’ dan ‘Dindingh’.
Orang-orang Belanda ini, walaupun mereka turut berdagang dengan orang-orang Melayu, mereka kurang percaya kepada penduduk tempatan ini. Kerana takut kepada orang-orang Melayu mereka tidak berani meninggalkan kubu mereka terlalu jauh kerana hanya di kubu itu sajalah mereka berasa selamat.
Beberapa tahun kemudian kubu ini diperkasakan dengan binaan bangunan batu dan dilengkapi 12 hingga 14 buah meriam.
Seorang peneroka dan pelayar British, William Dampier, menceritakan satu peristiwa: “Gabenor, tetamu-tetamunya dan beberapa orang pegawai baru sahaja hendak makan apabila seorang soldadu bertempik, ‘Melayu!’ Sepantas kilat gabenor itu melompat keluar melalui tingkap, untuk segera berlindung di kubu. Pegawai-pegawai pun berebut-rebut, diikuti orang-orang suruhan, untuk cepat sampai ke kubu: ada yang keluar ikut tingkap dan ada yang keluar ikut pintu. Tiga orang tetamu gabenor terpegun dan terpinga-pinga ditinggalkan di situ.
“Di kubu, mereka menembak ke arah laut bertalu-talu memberi isyarat kepada orang-orang Melayu bahawa mereka sudah bersedia untuk mempertahankan diri, tetapi musuh yang ditakuti tidak juga sampai-sampai.
“Sebenarnya, berapa orang soldadu Belanda yang sedang memancing tidak jauh dari teluk itu telah diserang oleh orang-orang Melayu yang bersenjatakan keris dan lembing. Beberapa orang daripada mereka telah dibunuh sementara yang lainnya terjun ke laut dan berenang ke darat. Salah seorang yang terselamat inilah yang bertempik begitu kuat sehingga menakutkan gabenor yang baru sahaja hendak makan.
“Kami berjaga sepanjang malam dengan semua senjata siap sedia untuk digunakan. Tetapi pada malam itu hujan lebat dan saya tidak takut sangat diserang oleh orang-orang Melayu kerana menurut salah seorang kelasi yang kami ambil dari Melaka, orang-orang Melayu ini tidak akan menyerang di dalam hujan. Keesokan paginya kami pergi mencari musuh dengan kapal di sekeliling pulau tetapi tidak menjumpai mereka. Selepas itu kami pun pulang dan berlabuh.”
Pada tahun 1690 kubu Belanda ini telah diserang sekali lagi oleh Panglima Kulup dan pengikut-pengikutnya. Semua orang Belanda telah terbunuh di dalam serangan ini. Pada 24 Jun 1693 sebuah arahan telah dikeluarkan bahawa askar-askar tidak lagi ditempatkan di Pulau Dinding (Pangkor) dan sebuah tugu dibina dengan meletak lambang Persekutuan Syarikat Hindia Timur dan lambang Wilayah Bersekutu sebagai tanda hakmilik Belanda. Pada 1695, 1721 dan 1729 arahan-arahan dikeluarkan untuk membaiki tugu ini.
Pada 20 November 1745 Gabenor-Jeneral Gustraaf Willem, Baron van Imhoff mengarahkan pembinaan semula kota di Pulau Dinding: dikawal oleh sebuah ketumbukan yang anggotai 30 orang Eropah dan 30 orang berketurunan Asia (kecuali orang-orang Bugis). Tetapi pada 22 Oktober 1746, Ary Verbrugge telah dihantar untuk memastikan Sultan membenarkan sebuah kubu dibina di hulu sungai dan bersetuju untuk menjual timah kepada Syarikat. Sultan Muzaffar Shah III telah menandatangani perjanjian ini pada 25 Jun 1747. Pada 18 Oktober 1748 van Imhoff mengarahkan ketumbukan di Pulau Dinding dipindahkan ke kubu yang baru ini.

perkhidmatan motorsikal sewa 12jam rm18.00
banana boat 25 /jam had seramai 5 orang


aktiviti snorkling cuma rm15.00 seorang berserta perkhidmatan bot pelancong percuma sambil di bawa bersiar-siar di kawasan sekeliling pulau

TEMPAT MENARIK DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN




Sejarah Penerokaan Teluk Intan.
Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.

Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.






Keunikan Menara Condong.
Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.


Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.


Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.


Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.




Sabtu, 5 Julai 2014

PEMANCING TEGAR


SELAMAT DATANG KE BLOG PEMANCING TEGAR

TEKONG MUHD AMIN
PERKHIDMATAN : 6 JAM RM 30
IKAN GELAMA PAPAN
LOKASI : JAMBATAN HAJI MOHAMAD LAZIM  SEDILI  BESAR KOTA TINGGI JOHOR
BERAT IKAN : 3KILOGRAM
JENIS UMPAN : UDANG HIDUP

UDANG GALAH
LOKASI : SUNGAI BESAR KOTA TINGGI JOHOR DARUL TAKZIM
JENIS UMPAN : RUAT
IKAN KALOI
LOKASI : SUNGAI KECIL FELDA TENGGAROH 02 MERSING JOHOR DARUL TAKZIM
JENIS UMPAN : BUAH KELAPA SAWIT/LIPAS/ROTI/CENGKERIK

UDANG GALAH
LOKASI : SUNGAI BESAR KOTA TINGGI JOHOR DARUL TAKZIM
JENIS UMPAN : RUAT/CACING


  



















    

Petua Penting Memancing Udang Galah

Petua untuk memilih joran

1. Joran atau rod dengan hujung yang lentur dan sensitif serta ring atau cincin yang kecil.
2. Reel spining kecil ukuran kolam.
3. Tali tangsi berupa monofilamen nipis, ukuran 1-2lbs pada mainline dengan leader 2-8 lbs.
4. Kail yang digunakan adalah kail khusus udang atau circle hook tanpa kait (barbless) dengan nomor 9-12
.( ada dijual di kedai ikan )
5. Batu Timah jangan terlalu berat, yang penting tidak dibawa arus.

Petua memilih Umpan

 Umpan yang amat digemari udang galah adalah anak udang hidup, jernih warnanya, merah matanya dan segar. Umpan lain juga boleh digunakan untuk memancing seperti cacing tanah, cacing susu, cacing bakau, . Sementara untuk ‘memanggil udang’ digunakan kelapa bakar yang dipecah-pecah.
 Udang Galah cukup 'terliur' dengan umpan sebegini

Petua memilih waktu dan tempat 

Memancing udang galah sebaiknya tidak pada saat air pasang dan cuaca dengan curah hujan cukup tinggi. Waktu terbaik memancing udang galah ialah pada saat kemarau dan air surut. Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat ‘melepak’ bagi udang biasanya diantara longgokan kayu yang terendam di sungai. Selain itu Udang galah juga sering bermain pada dasar sungai.

 Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan ‘kawasan’ udang galah didasar sungai adalah seperti berikut:
1. Kenali struktur dasar sungai tempat dimana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk liku liku dan beralun-alun.
 2. Pada sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras.
3. Pada arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya.


 Cara udang makan 

Berikut ini adalah ciri khas atau kebiasaan udang galah makan:
 1. Apabila udang galah beratnya lebih 300 gm maka umpan akan terus dilarikan  dan ujung joran akan terus melentik kebawah .
2. Untuk udang ukuran 'sedang' biasanya sewaktu umpan dimakan, hujung joran akan dipegang dan ditarik-tarik . Ini disebabkan ia menggunakan ‘mengutis’dengan sepitnya sehingga ujung joran akan terangguk-angguk seperti ikan kecil yang makan.
 3. Untuk udang yang berukuran kecil biasanya pola makannya hampir sama dengan yang berukuran sedang, oleh kerana itu sering – seringlah ‘memantau’ dengan menaikkan ujung joran dan apabila berat atau ada tarikkan maka umpan sedang dimakan.
 Memancing udang galah harus sabar, lembut dan penuh perasaan. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan disentak kerana berkemungkinan akan terlepas.Kadang-kadang udang ni dia tak terus telan macam ikan sebab tu jangan disentak dengan kuat . Angkat joran pelan-pelan sambil menggulung reel pelan-pelan dengan posisi ujung joran diatas udang sehingga tali tegak lurus dengan permukaan air. Udang bisanya bila terkena pancing akan mundur kebelakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya sobek terkena kail dan terlepas.    

Cara Terbaik Memancing Kaloi


    Cucuk Satay - buah sawit dihiris isi kuningnya sebesar kuku. Kemudian, cucukkan mata kail menembusi hirisan tadi dan tolak hirisan tadi naik sehingga ke tali perambut. Cucuk lagi dalan 10-15 hirisan lagi sehingga menjadi seperti satay dan menutupi mata kail. Biasanya ikan yang besar-besar yang berselera makan satay biji sawit ni dan biasanya ia akan telan sekaligus.

Sebiji - Biasanya kail menggunakan mata kail yang banyak. 3-5 mata kail yang kecik-kecil bersaiz 4-6 atau mata rawai. Setiap mata kail tadi dicucukkan pada kulit sawit seperti orang sarkas cucuk mata kail atau besi gelang pada kulit badan tu. Cucukkan sekeliling buah tadi. Apabila ikan bermulut kecil cuba mencubit buah tadi, akan tersangkut pada salah satu mata kail.

imej: google

Ada juga yang menggunakan umpan Cengkerik. Tapi aku tak pernah cuba sebab nak tangkap cengkerik adalah satu hal yang sungguh leceh kecuali membelinya di kedai-kedai haiwan peliharaan. Cara mencucuk cengkerik pada mata kail adalah sama seperti umpan Ulat Sagu/ Ulat Kelapa Sawit. Ikan-ikan yang suka kepada umpan ini ialah ikan-ikan pemangsa.



Dan..... umpan yang paling universal ialah umpan cacing tanah!
Segala jenis ikan suka pada cacing tanah, dari sekecil-kecil ikan sehinggalah sebesar-besar ikan. Tetapi, untuk ikan yang besar-besar, beberapa ekor cacing diperlukan agar 'gumpalan' umpan itu lebih besar dan 'bau cacing' itu dapat dihidu oleh ikan yang besar-besar di lubuk yang dalam. Kami pernah juga memancing udang galah menggunakan umpan cacing tanah, selain anak udang kertas sebagai umpan. 

Oleh kerana cacing adalah umpan yang universal, biasanya ikan-ikan yang kami tak mahu yang memakannya seperti 'Baguk Tangga' atau Ikan Duri (sungai) dan seluang yang kecil-kecil.